Baru-baru ni, aku dah bawa pendengaran, penglihatan dan pemikiran aku ke satu daerah baru. Daerah baru ni sebenarnya aku pun tak pasti tapi aku keraskan hati. Aku perlu berhijrah. Semakin lama aku semakin membesar, tak boleh lagi duduk di takuk lama. Aku perlukan pembaharuan.
Pembaharuan yang aku buat ni melibatkan muzik aku. Dari kecil lagi dah macam-macam muzik aku dengar, aku kumpul, aku nyanyikan dan hafal. Paling lama bertahan dah tentulah rock. Paling serius aku main rock mula daripada tahun 2008 sampai baru-baru ni. Tiga tahun lebih. Tapi aku tak ke mana pun.
Macam-macam orang aku jumpa. Lama-lama aku terfikir aku kena berubah. Aku pun sebenarnya jauh dari mampu nak teruskan dengan rock.
Kalau ikutkan hati, aku nak main power metal. Aku suka benda yang rare. Tapi benda rare tu memang susah nak dapat. Tak mampu dah satu hal, tak ada kaki pun satu hal lagi. Jadi aku banyakkan pendengaran dan pemerhatian aku kat muzik. Aku dengar jenis-jenis muzik baru, aku perhati scene muzik Malaysia ni. Sampailah satu masa tu aku jumpa Creedence Clearwater Revival. Aku terus suka. Basic, minimalis, pure dan touches. Aku suka muzik lama ni kadang-kadang bukan sebab skil pun, tapi sebab cara rakaman dia. Benda-benda yang keluar dari tahun 1960'an sampai 1980'an ni dia dengar jujur. Sebab dia orang rakam analog. Apa yang dimain itulah yang keluar. Sedangkan lagu Aerosmith - Dream On tu pun boleh dengar jelas banyak kali dia plucking tak tepat. Itu belum kira Neil Young - Like A Hurricane lagi.
Tapi aku suka benda-benda macam tu. Walaupun tak perfect, tapi berhantu. Aku tak minat langsung rakaman digital zaman sekarang ni. Dengar je la Kristal dah jadi apa. Tak ada soul langsung. Aku suka album pertama dia orang je; Semut dan Lebah. Memang berhantu betul opening Ku Membisu tu. Aku pun tak tahulah kalau rakaman sekarang ni masih boleh dapat bunyi macam tu. Kalau ada, aku nak. Pedulilah orang kata lapuk, tak ada kemajuan ke apa.
Habis cerita pasal bunyi. Teruskan cerita pasal muzik. Lepas aku dengar lagu-lagu CCR, aku cari pula band-band yang main genre lebih kurang dia orang. Salah satunya Lynyrd Skynyrdlah. Memang masuk betul. Tapi tak adalah aku rasa sampai nak buat band macam tu lagi masa tu. Aku dengar sajalah.
Masa aku main rock, aku aktif dengan band Heiwa dan Fourth Legacy. Heiwa aku nampak boleh pergi, tapi tak ada komitmen. Fourth Legacy sekadar main battle dan show kecil je. Lepas lama berehat dan main battle sekali sekala dengan Fourth Legacy, aku jadi makin bengang dengan kemampuan aku. Aku rasa macam aku paksa suara aku dan dah over limit. Kebetulan masa tu gitaris Heiwa, Hakim buka kedai shisha di Shah Alam, tempat dia jadi port lepak aku hari-hari. Banyak benda yang diborak, macam masa depan Heiwa semua, tapi satu jawapan; Heiwa dah tak boleh pergi. Aku pun bagilah cadangan pasal muzik country. Aku dah banyak kali cakap benda ni dengan dia, tapi masa tu rock dia tengah kuat lagi, memang tak jadi apalah.
Susahnya benda ni aku nampak sebab minatlah. Mana ada band yang main country kat Malaysia ni. Muzik country ni dengar macam familiar (sebab dalam kartun Spongebob dan Cat and Dog ada) tapi nak mencari yang minat tu memang payah. Sebab tak ada pendedahan. Orang kadang-kadang salah faham muzik country dengan ska, blues, folk, hillbily dan sebagainya. Itu belum cerita pasal southern rock lagi. Tapi aku nampak benda ni istimewa. Istimewa sebab tak ada lagi band country yang serius dan berjaya kat Malaysia ni. Kalau ada pun pak cik- pak cik yang main cover kat lounge dan kelab-kelab malam, ataupun pak cik-pak cik atau sesiapa saja yang sekadar main di rumah. Paling bagus aku tengok setakat ni Gombak Hillbillies. Tak percaya cari di youtube.
Impian aku lagi besar daripada tu. Aku nak perkenalkan muzik ni kat semua orang di Malaysia ni. Budak-budak muda sekarang dah banyak sangat terkeliru. Bunkface yang main pop punk dikatanya indie, Zip Zieller yang main blues/ psychedelic pun dikatanya indie, Deja Voodoo Spells pun aku dengar dia orang kata indie juga. Apa dah jadi ni?
Minda anak-anak muda ni kena diperbetulkan. Selain tu, kena matangkan juga. Aku nampak Zip Zieller sangat bagus. Dia berjaya masuk dalam daerah indie dan perkenalkan muzik yang susah nak ditelan kalau dah terbiasa dengar indie. Blues ni senang nak dimain, tapi sangat susah nak feel. Tapi entah kenapa Zip Zieller ni payah sangat nak naik. Pelik juga. Tapi tak kisahlah. Aku pun ada misi.
Sebab-sebab kuat kenapa aku nak buat band southern rock/ folk rock/ blues sendiri:
1. Aku nak jadi lagenda. Kenapa? Sebab;
2. Tak ada satu pun band country yang berjaya secara komersial kat rantau ni. (Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand). Aku rasa 80 % orang Malaysia tak tahu pasal muzik country walaupun biasa dengar. Aku nak buat satu band yang main country secara serius dan pure untuk bagi semua orang kenal. Mungkin juga akan jadi ikutan band-band baru selepas tu.
3. Sususan muziknya simple. (Kecuali gitar. Memang sangat susah)
4. Lebih banyak instrumen rare. (harmonica, tambourine, ukulele, fiddle etc)
5. Aku nak jadi penglipur lara. Muzik country kebanyakan liriknya bercerita. Cerita pasal keluarga, kampung, hal-hal semasa, sejarah etc. Agak berbeza dengan muzik-muzik lain.
6. Aku nak jadi lagenda. Aku nak nama band ni tercatat dalam sejarah muzik Malaysia satu hari nanti.
Nak dijadikan cerita, Hakim setuju dengan cadangan aku. Restoran tempat Hakim meniaga shisha (Restoran Deeng Tom Yam) jadi port rasmi kami. Kami kaji, kami belajar, kami kumpul, kami buat. Masa tu tujuannya satu; nak perform di Senyap Hub, Seksyen 13. Tempat pertama kami nak perkenalkan muzik ni. Kami kumpulkan juga bandmate kami. Buat masa ni kami dah dapat Epul (Bass, Flip Fall 90, The Unstable), Apis (Drum, The Unstable). Cukuplah empat orang buat masa ni. Nak cari yang boleh main ukulele belum lagi sebab ukulele pun tak ada. Epul boleh boleh main harmonica sikit-sikit. Ada rezeki nanti jumpalah dengan orang yang betul-betul boleh main. Kalau dapat fiddler lagi kami bersyukur.
Aku dan Hakim buat satu list lagu-lagu yang akan kami cover. Ada dalam 8 lagu. Lepas tu Hakim buat satu lagu fast country/ hillbilly dan aku buat satu lagu folk rock. Aku tulis lirik untuk kedua-dua lagu. Sekarang dalam proses siapkan dua, tiga lirik baru. Semuanya berjalan lancar kecuali, kami belum pernah jamming. Selain aku, line up lain semua sibuk dengan kerja dan komitmen band lain. Tak apalah, perlahan-lahan. Bila dah betul-betul tight dan puas hati, kami audition di Senyap. Tengok reaksi crowd macam mana. Minta-minta menjadi.
Itu sajalah tulisan aku kali ni. Impian aku ni sangat besar dan aku harap sangat menjadi. Kalau tak berjaya pun biarlah diingati. Mungkin ada yang lebih bagus untuk sambung perjuangan ni.
Sekian.
heheh
ReplyDeletegood luck to you...:)
ReplyDeleteTq bebeh..
ReplyDelete:)