Pages

28 January 2011

Hujung Kisah Atau Tengah Kehidupan? Part 2

Sekarang lelaki itu terpunduk di kerusi motosikalnya. Dia mengeluh berat. Terasa beban setinggi langit sedang menghempapnya. Tiba-tiba seekor burung gagak dengan bunyi bising terbang di atasnya. Terus melalui jalan kecil tadi.

"Ark! Ark! Ark!"

Dia hanya memandang burung itu tanpa perasaan. Dalam kepalanya terbit satu perasaan aneh melihat gelagat burung tersebut.

Dia melihat jam di tangan. Sekarang sudah pukul 6.23 petang. Sebentar lagi hari akan gelap. Dengan langkah berat, dia menaikkan tongkat motosikalnya dan menolak ke arah jalan kecil tersebut. Sebaik sahaja dia naik dan mahu menghidupkan enjin, sekawan lagi burung gagak bertebaran di langit dan mengeluarkan bunyi yang sangat bising.

"Ark! Ark! Ark!"

Kumpulan burung itu turut menuju ke arah yang sama dilalui oleh burung gagak tadi. Lelaki itu agak terkejut. Dia pelik dengan suasana yang berlaku. Seperti ada petanda yang mahu disampaikan ke atas dirinya.

Walaupun begitu, dia tetap nekad. Enjin motosikal dihidupkan dan dia terus menyarung helmet. Selajur, dia memulakan perjalanannya menempuh jalan kecil yang tidak terurus itu. Dalam fikirannya, pasti jalan kecil ini akan membuatkan perjalanannya menjadi lebih dekat. Demi untuk sampai ke destinasi yang dituju.

Lelaki itu terus menelusuri jalan tidak sekata itu. Dia tidak bergerak laju kerana bimbang perkara-perkara tidak diingini berlaku dan menyusahkannya kelak. Walaupun jalan itu tidak secantik jalan besar tadi, tetapi pemandangan di sekitarnya amatlah saujana mata memandang. Dia dapat melihat dengan jelas sebuah kawasan lapang yang ditumbuhi rumput-rumput yang tidaklah terlalu tinggi. Banyak pokok-pokok bunga yang cantik-cantik. Pokok-pokok di sekitarnya pula merimbun dahannya dan ada juga yang jarang ditemui di tempat lain. Matahari pula kian tenggelam di ufuk barat. Menambahkan lagi keindahan suasana petang itu. Kemudian matanya tertumpu pada satu sudut di mana dia melihat sebuah rumah kosong yang kelihatan usang. Rumah itu dibina daripada batu. Dindingnya pula sudah hitam. Mungkin kerana ditinggalkan begitu dalam tempoh yang agak lama. Dalam fikirannya tertanya-tanya. Mengapa rumah itu berada di situ. Di hadapannya pula, jalan itu sudah hampir sampai ke penghujung. Rumah itu terletak di sini, di jalan kecil ini, di hujung jalan ini!

.....................................................................................

Lelaki itu terjaga dari tidur. Bingkas dia bangun dan menggeliat. Kepalanya kosong. Dia melihat jam di telefon bimbit. Sudah pukul 10 pagi. Dia harus mandi sekarang. Sebentar lagi dia akan mengharungi tugas sukar. Dia berdoa agar rancangannya menjadi dan dia mendapat kekuatan untuk melafazkan perkara yang tidak sepatutnya itu.

Lelaki dan gadis itu bertemu di Midvalley sekitar jam 12 tengah hari. Perut yang kosong diisi dengan makan tengah hari di medan selera. Hari ini lelaki itu banyak mendiamkan diri. Otaknya berfikir ligat. Dirinya bagaikan terpisah dengan jasad. Jasad berjalan seperti biasa, tetapi tidak hati dan fikirannya. Dia takut untuk membayangkan itu adalah hari terakhir percintaan mereka. Dia takut untuk melafazkan perkara yang tidak wajar itu, ketika gadis itu sedang gembira!


To be continued...

27 January 2011

Sketsa DO IT.

Watak-watak:

Rahmat – Vokalis
Alan – Gitaris
Malek – Gitaris
Baong – Bassis
Lord – Drums

Sinopsis

Lord masuk dan memasang set drumnya. Sesekali dia gelisah kerana yang lain-lain masih belum sampai. Kemudian Alan masuk dengan gitarnya dan jalan berlenggang tanpa rasa bersalah. Lord menegur Alan yang lambat. Lord menerangkan situasinya yang harus mengejar masa untuk berniaga pula selepas latihan. Dia mahu mengumpul wang kerana mempunyai tanggungjawab besar terhadap keluarganya. Alan pula menerangkan dia juga sedang bekerja, tetapi mencuri waktu untuk latihan sewaktu masa rehat. Dia juga mahu mengumpul wang untuk berkahwin.

Tidak lama kemudian, Malek pula masuk dengan gitarnya. Mukanya nampak runsing tetapi tetap membuat lawak. Alan bertanya kepadanya sama ada dia sudah mendapat kerja atau belum. Malek cuba mengelak tetapi akhirnya dia mengaku bahawa dia masih belum mempunyai kerja tetap. Tiba-tiba Baong masuk tergesa-gesa. Dia menyangka bahawa dia adalah yang paling lambat. Dia meminta maaf kepada yang lain-lain. Alan membebel kepada Baong. Baong menerangkan dia balik lambat dari tempat kerja dan terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas untuk datang ke tempat latihan.

Semasa mereka berbual-bual, Rahmat pula masuk sambil bermain game di iPhonenya. Dia memerhati sekeliling dan mengomel kerana yang lain masih belum siap lagi. Rakan-rakannya yang lain bengang dan memarahinya kembali kerana dia yang paling lambat sampai ke tempat latihan. Kemudian dia membalas kembali bahawa tugasnya mudah. Mikrofon sudah tersedia, jadi tidak mengapa jika dia sampai lambat sedikit.

Alan bengang kerana Rahmat asyik bermain dengan iPhonenya. Dia menasihati Rahmat supaya berjimat cermat. Rahmat dengan degilnya membalas kembali kata-kata Alan itu dengan menyatakan dia masih belajar, sudah bekerja nanti pandailah dia menyimpan wang. Dia pula yang memarahi rakan-rakannya kerana membuang duit dengan membeli barang muzik masing-masing tanpa pulangan. Baong tidak bersetuju dengan kata-kata Rahmat. Dia menerangkan bahawa mereka bukan sengaja membazirkan wang. Mereka ada misi. Alan pula menambah bahawa sebulan dari sekarang, mereka akan menyertai sebuah pertandingan Battle of the Bands yang menjanjikan hadiah lumayan. Mereka takkan bermain suka-suka jika tiada pulangan. Malek dan Lord setuju dengan kata-kata Alan.

Rahmat teringat tentang pertandingan yang dikatakan oleh rakan-rakannya itu. Mereka semua berangan-angan memenangi pertandingan tersebut. Masing-masing mempunyai cara tersendiri dalam membelanjakan wang tersebut. Tetapi akhirnya semua mendapat kata sepakat bahawa jika menang, wang tersebut patut disimpan untuk kepentingan masa depan.

Rahmat tiba-tiba teringat tagline produk Nike iaitu just do it. Dia mengaitkannya dengan duit. Untuk mendapatkan duit, mereka harus berani melakukan apa sahaja asalkan ianya tidak menyalahi agama dan undang-undang. Semua yang lain bersetuju dan mereka memainkan sebuah lagu yang berjudul Do it.

Just do it.

P/S: Benda-benda macam ni tak boleh dibuat main-main. Kena serius.

25 January 2011

Bagai Anjing dengan Kucing.

Kalau bercinta, ikutlah resmi anjing.
Jangan ikut perangai kucing!

23 January 2011

Hujung Kisah Atau Tengah Kehidupan?



"Sebenarnya saya ada benda nak cakap ni..."

Suara yang keluar itu sangat perlahan. Antara dengar dan tidak. Tersekat-sekat di celah kerongkong. Tapi gadis itu dengar. Matanya membulat akibat kejutan yang tidak disangka-sangka. Lelaki itu juga tidak menyangka yang dia sudah terlepas cakap.

Senyap.

Selepas beberapa kali dipaksa berterus-terang, lelaki itu makin tak keruan.

Dia meneguk air.
Dia menghidupkan rokok.

Ini rokok yang kedua dalam masa sepuluh minit. Lelaki itu merenung jauh dan menghembus nafas gelisah. Masanya sudah sampai. Getusnya di dalam hati.


.....................................................................................

Imbas kembali.
Tengah malam.


Badan terasa penat. Penat kerana baru sahaja balik dari parti hari lahir yang menggembirakan. Penat juga kerana memikirkan tugasan yang banyak tertangguh. Juga penat memikirkan apa yang bakal berlaku hari esok. Fikirannya berkecamuk. Walaupun luarannya nampak gembira, hakikat di dalam hatinya hanya Tuhan sahaja mengerti. Dia tahu dia perlu. Dia wajib berterus terang. Tidak masuk akal untuk dia memendamkan perasaan yang sudah membusung sekian lama itu.

Sebenarnya lelaki itu berpura-pura. Sejak daripada parti tadi lagi dia sudah gelisah. Tetapi dia bukan jenis yang mengikut mood. Dia jenis yang mengikut rentak dan suasana. Hari ini, ini hari punya cerita. esok, esok punya cerita. Tidak perlulah terikut dengan perasaan dan merosakkan suasana majlis. Selama ini pun, bukan dia tidak biasa memendam perasaan. Sewaktu di rumah pun, fikirannya ligat memikirkan strategi dan cuba merancang untuk jadi selembut yang mampu, demi hari esok. Pengalaman lalu banyak mengajarnya. Sekarang dia sudah mampu mengawal keadaan dan cuba lari dari bertuankan emosi.

Esok adalah hari yang teramat penting bagi lelaki itu. Dengan berbekalkan hari esok, masa depannya akan berubah arah. Dia membayangkan dirinya berada di simpang tiga sekarang. Terus, atau belok ke jalan kecil. Jalan terus itu adalah jalan besar. Tidak sukar untuk mengagak titik matinya. Simpang kiri adalah jalan kecil. Jalan yang biasanya ada di kampung-kampung. Kecil, semak dan tidak berturap. Boleh mendatangkan bahaya kepada sesiapa yang tidak biasa. Lelaki itu punya pilihan. Tetapi dia cuma berbekalkan sebuah motosikal usang yang menunggu masa untuk rosak. Lagipun, cukai jalannya sudah tamat tempoh. Lama dia berhenti di simpang itu. Puas lelaki itu berfikir-fikir jalan mana yang harus dihadapnya dengan motor buruknya itu. Sesekali dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Runsing mungkin.

Tiba-tiba melintas sebuah motosikal berkuasa besar. Penunggangnya adalah seorang wanita! Lelaki itu tergamam. Dia menjeling ke arah motosikal dan penunggang tersebut. Kemudian dia melihat motosikalnya kembali. Malu rasanya. Waima perempuan pun mampu memiliki dan menunggang motorsikal berkuasa besar begitu. Lelaki sepertinya pula hanya mampu menunggang motosikal cabuk. Wanita yang melintas tadi perasankan lelaki itu. Dia memperlahankan motosikalnya dan membuat pusingan U ke arah lelaki itu. Lelaki itu tergamam. Takut. Malu. Perasaan bercampur baur. Wanita itu membuka topi keledarnya perlahan-lahan. Ini membuatkan adrenalin lelaki itu bergerak laju tanpa dikerah.

Bila mata bertemu mata, wanita itu tersenyum mesra. Lelaki itu pula terus mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Dia rasa terhina walaupun sekadar pandangan dan senyuman.

"Nak ke mana ni?" Wanita itu bertanya. Suaranya kedengaran mesra dan matang.
"err...err...err..." Jawapan yang diberi oleh lelaki itu.
"Jom la, naik motor saya je... Tapi awak bawak la..." Wanita itu cuba mempelawa.
"Saya bawak?" Nada suara lelaki itu tiba-tiba meloncat naik.
"Hai, takkan perempuan bawak, lelaki duduk belakang?" Satu sindiran dari wanita itu. Tetapi mulutnya masih menggumpalkan senyuman manis.
"Emm..em.." Lelaki itu masih bermain-main dengan bunyi-bunyian aneh yang terlempar dari mulutnya tanpa sebarang maksud.
"Jom la awak. Jangan risau. Kita selamat. jangan risau k." Wanita itu cuba memujuk. Dia suka melihat gelagat lelaki itu yang malu-malu.
"Eh, takpe la awak. Takkan saya nak tinggal pulak motor saya kat sini." jawab lelaki itu dalam keadaan separa kelam kabut.
"Tinggal je la dulu kat situ. Takde orang nak ambik punye." Wanita itu terus memujuk lelaki tersebut yang mencari alasan untuk mengelak.
"Takpe la awak. lain kali je kot. Saya sayang motor saya ni. Walupun buruk, tapi ni je la yang saya ada." Lelaki itu terus memberi alasan.
"Hmmm... Suka hati awak la. Saya cuma nak tolong. Saya gerak dulu ye..." Wanita itu sudah malas mahu memujuk lagi. Dia terus menyarung topi keledar dan berlalu pergi. Sempat dia melambaikan tangan dengan isyarat selamat tinggal kepada lelaki itu.

Dan lelaki itu terpinga-pinga. Sebentar dia rasa seperti rugi, sebentar lagi dia merasakan untung. Dia amat sayangkan motosikal cabuknya itu. Motosikal itulah yang telah membawanya menjelajahi serata ceruk dan rantau. Tidak mungkin dia meninggalkan motosikalnya di tepi jalan dan menumpang orang pula.

To be continued...

20 January 2011

Mikhail/ Hitman.


Lepas aku baca Mikhail, aku terus menonton Hitman. Menonton Hitman macam membaca Mikhail. Menonton Hitman....langsung tak macam Mikhail! Mindset aku dah set benda yang gempak-gempak je sebelum tengok. Tapi aku kecewa. Hitman tu macam terlalu pendek, tak cukup resam. Maybe tu la bezanya membaca novel dan menonton filem kot.

Aku tengok Hitman sebab karya Ramlee Awang Murshid ni diinspirasi daripada Hitman. Tapi aku rasa pemikiran Ramlee jauh lebih baik. Konflik yang dia bagi...peh! memang tak boleh nak jangka. Apa saja yang kau bajet akan salah akhirnya. Semua watak boleh jadi pesalah, sampai susah gila nak bezakan mana baik dan mana jahat.

Lagi satu, watak utama dalam Mikhail adalah pembunuh kejam. Watak yang jarang-karang ada dalam cerita Melayu. Menunjukkan Ramlee tidak stereotaip dalam membentuk watak. Mesej-mesej yang terkandung pun banyak. Duit, kuasa, konspirasi, dadah, rasuah, dan macam-macam lagi. Puas hati aku baca novel ni walaupun lambat gak aku habiskan.

Sebenarnya aku dalam proses nak jadikan novel Mikhail ni sebagai sebuah skrip filem. Mintak-mintak menjadi. Tulisan ramlee senang difahami dan tak susah kalau aku nak terjemahkan dalam bentuk skrip. Plot-plotnya pun disusun cantik. Dah macam filem betul. Kalau projek aku ni berjaya, dan ada pulak produksi yang sudi keluar modal besar nak jadikan skrip ni sebagai filem (hehe..memang besar modal, lokasi merata dunia...) aku amatlah berbangga. Sekurang-kurangnya lepas-lepas ni orang buka mata untuk buat filem adaptasi daripada novel dan lain-lain. Aku tengok Hollywood tu rilek je ambik cerita kartun negara lain buat filem, takkan orang Malaysia takut nak adaptasi hasil anak bangsa sendiri kot. Sampai bila tak berkembang kalau tak habis-habis dengan cerita lawak bodoh, hantu-kelakar-tak-takut-langsung dan modal awek seksi nak tarik mat-mat rempit datang panggung. Dunia makin maju tapi penonton filem Malaysia ni macam dah limit parat tu je. Bagi lebih sikit terus filem kena pulau, menyumpah seranah. Banyak sangat tengok filem P. Ramlee agaknya. Patut la otak cam orang 60an. Nak bagi filem laku, pengarah pandai kena bodohkan cerita.

Ok, aku nak sambung buat kerja. Sambil aku baca novel Mikhail, aku dah dapat visualkan macam mana filem tu nanti. Aku betul-betul berharap ni. Jadi la hendaknya.

Amin...

19 January 2011

Semester Akhir yang Keliru.

Sebenarnya aku sekarang dah masuk semester akhir, semester 6 kat UiTM ni. Tapi langsung tak rasa macam dah 3 taun belajar. Tak banyak pun yang aku buat. Kalau ikutkan, dah namanya belajar penulisan, mesti la banyak karya dan sekurang-kurangnya mesti ada 1 yang publish kat mana-mana. Tapi takde pun? Karya ada, tapi dibuat semata-mata atas dasar "assignment". Kalau bukan assignment, mampos aku nak buat.

Benda-benda macam ni yang selalu buat aku keliru dengan diri sendiri. Daripada Diploma Pengurusan Hotel, aku sanggup tukar ke Ijazah Penulisan Artistik. tak ke jauh tu bidangnya. Memang la sekolah dulu aku ambik sastera, tapi apa ke bangang boleh belajar hotel pulak. Tiga tahun beb, bukan sekejap tu. Motifnya cuma nak lari daripada math je dulu, sebab aku dengan nombor macam anjing dengan bayang-bayang (?).

Tapi sekarang ni apa cerita? Kata minat sangat. Tapi apa pun tarak. Samada aku tak cukup bagus, kurang usaha, atau kurang luck? Semuanya boleh jadi. Yela, aku pun dah rugi diploma tiga tahun kat sini, so mesti la blur sikit walaupun minat. Tapi entah la, payah gak nak dicongak, maybe sebab diri sendiri kot. Susahnya nak dibedah benda-benda ni sama la macam nak membedah masalah bola sepak negara.

Apa yang aku pasti, semester ni memang paling mencabar, paling berat. Skrip je ada 3 kena buat. So patut ke aku main-main macam dulu?

Kadang-kadang aku rasa macam takde cita-cita. Tak tau nak jadi apa lepas abis belajar ni. Nak jadi penulis, malas. Nak jadi artis, kurang bakat. Nak jadi businessman? Jauh sekali. Ah, biar masa yang menentukan segala.

Har Har Harun...

Sebenarnya aku saja je menulis panjang sikit. Nak ambik mood menulis balik ni. Lama sangat dah aku tinggal perkara-perkara menulis ni. Takut bunuh diri je kejap lagi kang sebab takde idea. So lepas-lepas ni, aku nak buat entry yang panjang-panjang sikit untuk cari balik semangat yang hilang tu.

Tatatititutu...

12 January 2011

I Wrote Your Name on My Heartbeats

I wish this will never end,
How I tried to be fine,
When all the time I can’t stop thinking about you,
I lost in the fight that I created,

Thousands memories will never die easily,
As this pains kills slowly,
Time will tell how I can’t live without you,
But it’ll never return as I cried a thousand times,

I wrote your name on my heartbeats,
So it’ll never washed away,
I scratch my heart with never ending sorrow,
Only to remember you always,

I love you more than I ever loved myself,
That’s the swear I kept from the start,
Now the keys to our love is fading away,
I’ll never gonna find another day…

Without you…

Cinta.

Ingat indah sangat ke cinta tu? Kadang-kadang baik tak payah bercinta daripada bercinta tapi jadi teddy bear;

pemainnye hepi dapat main bear, tapi patung tu tetap keras. Senyum je. Tak boleh nak luahkan isi hati die suka ke tak.

Tapi ada jugak yang sanggup berkorban, walaupun orang tu tak sesempurna mana, ada komitmen, tapi tetap jugak sayang sampai mati. Jenis ni memang aku respek. Tu menunjukkan die memang true.

Tapi tak semua kisah cinta berakhir dengan indah...

Sekarang yang sanggup berkorban tu dah betul-betul berkorban bila dia jumpa pilihan mak bapak dia, tapi teddy bear tadi tetap keras. Langsung tak dapat buat apa. Masih kekal jadi patung mainan tuannya, langsung tak dapat nak luah isi hati sebenar die.

Jenis yang ni memang bahaya, lama-lama makan diri sendiri...

Tak boleh buat apa...

06 January 2011

Hollywood.

Filem omputih skang ni kalau takde benda meletup-letup, CGI n makwe seksi memang bukan filem namenye.