Pages

12 February 2011

Sketsa Bukan Rockers Biasa

Latar : Studio Jamming
Masa: 8 malam

Rahmat – Vokalis
Alan – Gitaris
Malik – Gitaris
Baung – Bassis
Lord – Drums

Alan, Lord, Malik dan Baung masuk membawa instrument masing-masing. Mereka kelihatan gembira. Alan menyatakan rasa terujanya kerana telah melepasi peringkat saringan walaupun dihimpit pelbagai masalah. Yang lain-lain setuju. Lord menyatakan dia mendapat manfaat menyertai pertandingan tersebut kerana kini dia sedar kepentingan berjimat cermat dan menabung. Dia yang menjalankan perniagaan shisha kini mampu menambah bilangan botol shishanya. Jika menang, dia berhajat untuk membuka satu lagi cawangan di tempat lain.

Malik pula kini sudah mendapat kerja dan dia berazam untuk melabur sebahagian daripada duit gajinya setiap bulan ke dalam Akaun Simpanan Bumiputera (ASB). Jika menang pertandingan tersebut, dia akan menyimpannya ke dalam ASB untuk keperluan masa depan. Alan pula sudah bertunang. Jika menang, dia mahu menyimpan duit tersebut untuk digunakan sebagai belanja kahwin nanti.

Baung yang dahulunya mempunyai tunggakan bayaran kereta kini sudah mampu membayar semua hutang-hutangnya. Malahan dia sendiri sudah menjadi penarik kereta. Jika menang, Baung mahu menggunakan wang tersebut untuk bertunang. Masing-masing mendapat manfaat dengan menyertai pertandingan tersebut yang dianggap lain daripada lain.

Malik perasan Rahmat masih belum sampai. Dia membebel. Tidak lama kemudian Rahmat pun muncul dengan tergesa-gesa. Dia meminta maaf kerana lambat. Dia memberi alasan bahawa motosikalnya rosak dan bengkel sudah tutup. Dia terpaksa menggunakan khidmat penampal tayar yang lebih mahal. Mujurlah dia sudah tidak boros lagi. Semuanya gara-gara menyertai pertandingan ini. Dia bernekad selepas ini dia mahu hidup sederhana dan tidak lagi boros. Jika menang, dia akan melaburkan semua wang tersebut ke dalam ASB untuk masa depannya. Tambahan lagi, dia sudah berada di semester akhir. Selepas ini dia perlukan modal untuk mencari kerja dan sebagainya. Kawan-kawannya yang lain menyokongnya. Alan memberitahu mereka perlu berwawasan. Lord pula menyatakan mereka bukan rockers biasa. Mereka rockers yang punya masa depan. Mereka semua bertukar-tukar pendapat.

Baung mengingatkan bahawa masa telah banyak berjalan dan mereka perlu berlatih bersungguh-sungguh. Malik pula mengingatkan ini adalah latihan terakhir mereka sebelum naik ke pentas akhir pertandingan tersebut. Selepas habis latihan, mereka perlu berlatih lakonan pula.

Semua bersiap sedia dan memulakan lagu Do It

No comments:

Post a Comment