Pages

28 January 2011

Hujung Kisah Atau Tengah Kehidupan? Part 2

Sekarang lelaki itu terpunduk di kerusi motosikalnya. Dia mengeluh berat. Terasa beban setinggi langit sedang menghempapnya. Tiba-tiba seekor burung gagak dengan bunyi bising terbang di atasnya. Terus melalui jalan kecil tadi.

"Ark! Ark! Ark!"

Dia hanya memandang burung itu tanpa perasaan. Dalam kepalanya terbit satu perasaan aneh melihat gelagat burung tersebut.

Dia melihat jam di tangan. Sekarang sudah pukul 6.23 petang. Sebentar lagi hari akan gelap. Dengan langkah berat, dia menaikkan tongkat motosikalnya dan menolak ke arah jalan kecil tersebut. Sebaik sahaja dia naik dan mahu menghidupkan enjin, sekawan lagi burung gagak bertebaran di langit dan mengeluarkan bunyi yang sangat bising.

"Ark! Ark! Ark!"

Kumpulan burung itu turut menuju ke arah yang sama dilalui oleh burung gagak tadi. Lelaki itu agak terkejut. Dia pelik dengan suasana yang berlaku. Seperti ada petanda yang mahu disampaikan ke atas dirinya.

Walaupun begitu, dia tetap nekad. Enjin motosikal dihidupkan dan dia terus menyarung helmet. Selajur, dia memulakan perjalanannya menempuh jalan kecil yang tidak terurus itu. Dalam fikirannya, pasti jalan kecil ini akan membuatkan perjalanannya menjadi lebih dekat. Demi untuk sampai ke destinasi yang dituju.

Lelaki itu terus menelusuri jalan tidak sekata itu. Dia tidak bergerak laju kerana bimbang perkara-perkara tidak diingini berlaku dan menyusahkannya kelak. Walaupun jalan itu tidak secantik jalan besar tadi, tetapi pemandangan di sekitarnya amatlah saujana mata memandang. Dia dapat melihat dengan jelas sebuah kawasan lapang yang ditumbuhi rumput-rumput yang tidaklah terlalu tinggi. Banyak pokok-pokok bunga yang cantik-cantik. Pokok-pokok di sekitarnya pula merimbun dahannya dan ada juga yang jarang ditemui di tempat lain. Matahari pula kian tenggelam di ufuk barat. Menambahkan lagi keindahan suasana petang itu. Kemudian matanya tertumpu pada satu sudut di mana dia melihat sebuah rumah kosong yang kelihatan usang. Rumah itu dibina daripada batu. Dindingnya pula sudah hitam. Mungkin kerana ditinggalkan begitu dalam tempoh yang agak lama. Dalam fikirannya tertanya-tanya. Mengapa rumah itu berada di situ. Di hadapannya pula, jalan itu sudah hampir sampai ke penghujung. Rumah itu terletak di sini, di jalan kecil ini, di hujung jalan ini!

.....................................................................................

Lelaki itu terjaga dari tidur. Bingkas dia bangun dan menggeliat. Kepalanya kosong. Dia melihat jam di telefon bimbit. Sudah pukul 10 pagi. Dia harus mandi sekarang. Sebentar lagi dia akan mengharungi tugas sukar. Dia berdoa agar rancangannya menjadi dan dia mendapat kekuatan untuk melafazkan perkara yang tidak sepatutnya itu.

Lelaki dan gadis itu bertemu di Midvalley sekitar jam 12 tengah hari. Perut yang kosong diisi dengan makan tengah hari di medan selera. Hari ini lelaki itu banyak mendiamkan diri. Otaknya berfikir ligat. Dirinya bagaikan terpisah dengan jasad. Jasad berjalan seperti biasa, tetapi tidak hati dan fikirannya. Dia takut untuk membayangkan itu adalah hari terakhir percintaan mereka. Dia takut untuk melafazkan perkara yang tidak wajar itu, ketika gadis itu sedang gembira!


To be continued...

6 comments:

  1. starting dah best..ayat power..tgh best dah tiba tiba to be continue...tue yg potong stim nak baca!!! tak pe tak pe...usaha lagi beb..i trust u...;)

    ReplyDelete
  2. perghhh....hahha....sambunggggg.....tak sangka ko pandai menulisss..

    ReplyDelete
  3. gud job.....teruskn usaha anda.....
    chalooo bettey....

    ReplyDelete
  4. la..
    igtkan nk komen ala2 a samad said ke..
    hahaha..
    thank you bebeh!

    ReplyDelete