Pages

27 January 2011

Sketsa DO IT.

Watak-watak:

Rahmat – Vokalis
Alan – Gitaris
Malek – Gitaris
Baong – Bassis
Lord – Drums

Sinopsis

Lord masuk dan memasang set drumnya. Sesekali dia gelisah kerana yang lain-lain masih belum sampai. Kemudian Alan masuk dengan gitarnya dan jalan berlenggang tanpa rasa bersalah. Lord menegur Alan yang lambat. Lord menerangkan situasinya yang harus mengejar masa untuk berniaga pula selepas latihan. Dia mahu mengumpul wang kerana mempunyai tanggungjawab besar terhadap keluarganya. Alan pula menerangkan dia juga sedang bekerja, tetapi mencuri waktu untuk latihan sewaktu masa rehat. Dia juga mahu mengumpul wang untuk berkahwin.

Tidak lama kemudian, Malek pula masuk dengan gitarnya. Mukanya nampak runsing tetapi tetap membuat lawak. Alan bertanya kepadanya sama ada dia sudah mendapat kerja atau belum. Malek cuba mengelak tetapi akhirnya dia mengaku bahawa dia masih belum mempunyai kerja tetap. Tiba-tiba Baong masuk tergesa-gesa. Dia menyangka bahawa dia adalah yang paling lambat. Dia meminta maaf kepada yang lain-lain. Alan membebel kepada Baong. Baong menerangkan dia balik lambat dari tempat kerja dan terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas untuk datang ke tempat latihan.

Semasa mereka berbual-bual, Rahmat pula masuk sambil bermain game di iPhonenya. Dia memerhati sekeliling dan mengomel kerana yang lain masih belum siap lagi. Rakan-rakannya yang lain bengang dan memarahinya kembali kerana dia yang paling lambat sampai ke tempat latihan. Kemudian dia membalas kembali bahawa tugasnya mudah. Mikrofon sudah tersedia, jadi tidak mengapa jika dia sampai lambat sedikit.

Alan bengang kerana Rahmat asyik bermain dengan iPhonenya. Dia menasihati Rahmat supaya berjimat cermat. Rahmat dengan degilnya membalas kembali kata-kata Alan itu dengan menyatakan dia masih belajar, sudah bekerja nanti pandailah dia menyimpan wang. Dia pula yang memarahi rakan-rakannya kerana membuang duit dengan membeli barang muzik masing-masing tanpa pulangan. Baong tidak bersetuju dengan kata-kata Rahmat. Dia menerangkan bahawa mereka bukan sengaja membazirkan wang. Mereka ada misi. Alan pula menambah bahawa sebulan dari sekarang, mereka akan menyertai sebuah pertandingan Battle of the Bands yang menjanjikan hadiah lumayan. Mereka takkan bermain suka-suka jika tiada pulangan. Malek dan Lord setuju dengan kata-kata Alan.

Rahmat teringat tentang pertandingan yang dikatakan oleh rakan-rakannya itu. Mereka semua berangan-angan memenangi pertandingan tersebut. Masing-masing mempunyai cara tersendiri dalam membelanjakan wang tersebut. Tetapi akhirnya semua mendapat kata sepakat bahawa jika menang, wang tersebut patut disimpan untuk kepentingan masa depan.

Rahmat tiba-tiba teringat tagline produk Nike iaitu just do it. Dia mengaitkannya dengan duit. Untuk mendapatkan duit, mereka harus berani melakukan apa sahaja asalkan ianya tidak menyalahi agama dan undang-undang. Semua yang lain bersetuju dan mereka memainkan sebuah lagu yang berjudul Do it.

Just do it.

P/S: Benda-benda macam ni tak boleh dibuat main-main. Kena serius.

No comments:

Post a Comment