Pages

23 January 2011

Hujung Kisah Atau Tengah Kehidupan?



"Sebenarnya saya ada benda nak cakap ni..."

Suara yang keluar itu sangat perlahan. Antara dengar dan tidak. Tersekat-sekat di celah kerongkong. Tapi gadis itu dengar. Matanya membulat akibat kejutan yang tidak disangka-sangka. Lelaki itu juga tidak menyangka yang dia sudah terlepas cakap.

Senyap.

Selepas beberapa kali dipaksa berterus-terang, lelaki itu makin tak keruan.

Dia meneguk air.
Dia menghidupkan rokok.

Ini rokok yang kedua dalam masa sepuluh minit. Lelaki itu merenung jauh dan menghembus nafas gelisah. Masanya sudah sampai. Getusnya di dalam hati.


.....................................................................................

Imbas kembali.
Tengah malam.


Badan terasa penat. Penat kerana baru sahaja balik dari parti hari lahir yang menggembirakan. Penat juga kerana memikirkan tugasan yang banyak tertangguh. Juga penat memikirkan apa yang bakal berlaku hari esok. Fikirannya berkecamuk. Walaupun luarannya nampak gembira, hakikat di dalam hatinya hanya Tuhan sahaja mengerti. Dia tahu dia perlu. Dia wajib berterus terang. Tidak masuk akal untuk dia memendamkan perasaan yang sudah membusung sekian lama itu.

Sebenarnya lelaki itu berpura-pura. Sejak daripada parti tadi lagi dia sudah gelisah. Tetapi dia bukan jenis yang mengikut mood. Dia jenis yang mengikut rentak dan suasana. Hari ini, ini hari punya cerita. esok, esok punya cerita. Tidak perlulah terikut dengan perasaan dan merosakkan suasana majlis. Selama ini pun, bukan dia tidak biasa memendam perasaan. Sewaktu di rumah pun, fikirannya ligat memikirkan strategi dan cuba merancang untuk jadi selembut yang mampu, demi hari esok. Pengalaman lalu banyak mengajarnya. Sekarang dia sudah mampu mengawal keadaan dan cuba lari dari bertuankan emosi.

Esok adalah hari yang teramat penting bagi lelaki itu. Dengan berbekalkan hari esok, masa depannya akan berubah arah. Dia membayangkan dirinya berada di simpang tiga sekarang. Terus, atau belok ke jalan kecil. Jalan terus itu adalah jalan besar. Tidak sukar untuk mengagak titik matinya. Simpang kiri adalah jalan kecil. Jalan yang biasanya ada di kampung-kampung. Kecil, semak dan tidak berturap. Boleh mendatangkan bahaya kepada sesiapa yang tidak biasa. Lelaki itu punya pilihan. Tetapi dia cuma berbekalkan sebuah motosikal usang yang menunggu masa untuk rosak. Lagipun, cukai jalannya sudah tamat tempoh. Lama dia berhenti di simpang itu. Puas lelaki itu berfikir-fikir jalan mana yang harus dihadapnya dengan motor buruknya itu. Sesekali dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Runsing mungkin.

Tiba-tiba melintas sebuah motosikal berkuasa besar. Penunggangnya adalah seorang wanita! Lelaki itu tergamam. Dia menjeling ke arah motosikal dan penunggang tersebut. Kemudian dia melihat motosikalnya kembali. Malu rasanya. Waima perempuan pun mampu memiliki dan menunggang motorsikal berkuasa besar begitu. Lelaki sepertinya pula hanya mampu menunggang motosikal cabuk. Wanita yang melintas tadi perasankan lelaki itu. Dia memperlahankan motosikalnya dan membuat pusingan U ke arah lelaki itu. Lelaki itu tergamam. Takut. Malu. Perasaan bercampur baur. Wanita itu membuka topi keledarnya perlahan-lahan. Ini membuatkan adrenalin lelaki itu bergerak laju tanpa dikerah.

Bila mata bertemu mata, wanita itu tersenyum mesra. Lelaki itu pula terus mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Dia rasa terhina walaupun sekadar pandangan dan senyuman.

"Nak ke mana ni?" Wanita itu bertanya. Suaranya kedengaran mesra dan matang.
"err...err...err..." Jawapan yang diberi oleh lelaki itu.
"Jom la, naik motor saya je... Tapi awak bawak la..." Wanita itu cuba mempelawa.
"Saya bawak?" Nada suara lelaki itu tiba-tiba meloncat naik.
"Hai, takkan perempuan bawak, lelaki duduk belakang?" Satu sindiran dari wanita itu. Tetapi mulutnya masih menggumpalkan senyuman manis.
"Emm..em.." Lelaki itu masih bermain-main dengan bunyi-bunyian aneh yang terlempar dari mulutnya tanpa sebarang maksud.
"Jom la awak. Jangan risau. Kita selamat. jangan risau k." Wanita itu cuba memujuk. Dia suka melihat gelagat lelaki itu yang malu-malu.
"Eh, takpe la awak. Takkan saya nak tinggal pulak motor saya kat sini." jawab lelaki itu dalam keadaan separa kelam kabut.
"Tinggal je la dulu kat situ. Takde orang nak ambik punye." Wanita itu terus memujuk lelaki tersebut yang mencari alasan untuk mengelak.
"Takpe la awak. lain kali je kot. Saya sayang motor saya ni. Walupun buruk, tapi ni je la yang saya ada." Lelaki itu terus memberi alasan.
"Hmmm... Suka hati awak la. Saya cuma nak tolong. Saya gerak dulu ye..." Wanita itu sudah malas mahu memujuk lagi. Dia terus menyarung topi keledar dan berlalu pergi. Sempat dia melambaikan tangan dengan isyarat selamat tinggal kepada lelaki itu.

Dan lelaki itu terpinga-pinga. Sebentar dia rasa seperti rugi, sebentar lagi dia merasakan untung. Dia amat sayangkan motosikal cabuknya itu. Motosikal itulah yang telah membawanya menjelajahi serata ceruk dan rantau. Tidak mungkin dia meninggalkan motosikalnya di tepi jalan dan menumpang orang pula.

To be continued...

6 comments:

  1. nie komen aku, tapi aku nie tak de lah pandai sgt nak komen2:
    bahasa ko simple, tapi aku suke gaya penulisan ko, detail & tersusun...isi dah ade dah nie, tapi kena huraikan lagi...part yg first tue mmg best..tapi bila masuk yg imbas kembali tue, kat situ dah ade persoalan tentang kisah ko nie...yg aku tak faham, bila tiba2 ada motor besar tue dtg...kat situ ko mcm tak citer detail...tp mybe ko nak buat suspen kot..tak taulah sebab citer ko nie lum habis lg...ko punye 1st entry nie nape pendek sgt...tulis la lg panjang, best la ckit aku nk baca...huhuhu...tue jelah kot aku nk komen...'Hujung Kisah Atau Tengah Kehidupan?' nie tajuk citer yg ko nak buat ke??? menarik...i like...aku harap ko cepat cepat la siapkan citer ko nie...tak sabar aku nk baca...huhu....;)

    ReplyDelete
  2. haha..
    tq2..
    aku krg membaca novel ni, tu yg x bape nk jadi tu..
    slow2 la improve nanti..
    hehe..
    psl lelaki n pompuan motor bsr tu, aku avatarkan diri aku n kehidupan aku.
    kire cam simbolik la..
    nanti aku ejas blk k..
    tqvm my jiran...

    ReplyDelete
  3. hem...hem...hem...perghh.....sila sambung secepat yang mungkin..aku menanti.....

    ReplyDelete
  4. susahlah blogger tader butang 'like'....

    ReplyDelete