Pages

20 May 2011

Laila Majnun (circa Pernikahan di Lubuk Hantu, Rahman Shaari)

Kata Laila kepada ayahandanya: "Aku mencintai kekasihku, kerana daripada pandangan mataku, kekasihku istimewa. Mungkin ayahanda tidak dapat melihat keistimewaan itu daripada pandangan mata ayahanda."

19 May 2011

Motif.

Sebenarnya motif aku buat blog kedua ni dulu sebab nak rilek-rilek. Tulis stail main-main dan cerita benda kelakar. Tak sangka jadi serius jugak.

Aku bukan serius pun orangnya nak tulis serius-serius.

Tapi apasal tak boleh handle ni???

12 May 2011

Kontradiksi.

Senyum di bibir hanyalah selimut yang membalut hati suram.

11 May 2011

Habis Part 6 dan Mak Cik Nasi Lemak Sebelah Rumah.

Sebenarnya terharu gila lepas habis semua assignment isnin hari tu. Rasa macam ending filem epik (background muzik orkestra).

Tapi sem depan ada lagi.

Dan aku selalu terbayang jiran sebelah rumah yang selalu bantu aku kalau lapar pagi-pagi buta dengan nasi lemak pedas dia. Trademark-trademark dia macam "tak tidur lagi?", "tak balik kampung?" terngiang-ngiang sampai sekarang.

Tapi hujung-hujung sem hari tu dia ada trademark baru: "adik...lamanya cuti empat bulan ni, nak meniaga apa?"

P/S: Mak cik tu memang legend. Rindu betul nak rasa lagi nasi lemak dia. Tapi dah tak jual.

Saling melengkapi.

Pasangan terbaik adalah pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Keseimbangan ini yang akan menjadikan sesebuah hubungan itu 'sempurna'.

Tidak ada orang yang sempurna. Setiap orang pasti akan ada kelebihan dan kekurangan. Di situlah perlunya kerjasama untuk saling menutup kelemahan masing-masing. Jika ini tidak berlaku, maka hubungan takkan kekal lama.

Sebenarnya maksud lelaki baik untuk perempuan baik itu sangatlah mendalam. Tak semestinya ustaz akan kahwin dengan ustazah.

P/S: Sebab tu kita tengok mat rempit selalu dapat makwe lawa.

28 April 2011

Lebih kurang.

Bercakap lebih kurang, mendapat pun lebih kurang la.

27 April 2011

Bila Bercakap.

Bila bercakap, pastikan yang keluar isi, bukan angin dan bau nafas semata.

Kucing.

Jangan jadi kucing yang mengaum dalam sangkar sendiri.

23 April 2011

Bangga.

Jangan berbangga dengan apa yang tiada. Bersyukurlah dengan apa yang ada.

09 April 2011

Chaos.

Gila ape kelas dah abis tapi ade dekat 10 assignment lagi nak kena anta?

Bila gua nak rehat ni?

31 March 2011

Senarai paisey minggu ini.

1. Motor rosak. Kena RM 120. Dalam bank ada RM 200 je. Nak belanja sampai bulan depan.

2. Line up Heiwa macam taik! Ni yang last! Jangan tanya2 lagi pasal Heiwa ngan aku pasni.

3. Baru aku tau format Viva dah tuka. Selepas dah TL.

4. Takde duit

5. Duit takde.

6. Moto jadi lagi teruk daripada sebelum repair!

21 March 2011

Tidak Lengkap.

Aku harap keputusan aku ni tepat. Demi menjamin masa depan yang lebih cemerlang.

04 March 2011

Hectic!

Bulan ni sangat sibuk. Makan, minum, tidur, borak, berak, semua dengan assignment. Ke mana pergi pun kepala mesti ingat assignment. Dah macam orang hilang anak. Ada sebulan je lagi sebelum armagedon. Tak tau la aku mampu ke tak habiskan sem ni. Sepatutnya aku kelam kabut dan komited, tapi tak langsung. Rilek je. Aku lebihkan fesbuk daripada assignment. Pernah sekali aku deactivate, tapi 2 jam je. Amacam?

Lepas Kampus Kaching aku ingat nak berehat main muzik. Tapi tak boleh! Benda dah sebati dalam jiwa. Disebabkan kawan dan minat yang mendalam (cewah), aku kembali dengan Heiwa (ada lagi ke band ni?)balik. Hari tu dengan Fourth Legacy. Itupun sebab projek untuk video klip. Lagi la aku semangat. Sape taknak beb. Ada video klip sendiri dengan first single. Dia pilih lagu One Hope. Asalnya nak Haunted School. Tapi Haunted School tu mencabar sikit nak rekod. Aku risau gak mula-mula. Nasib abik dia tukar ke One Hope. Tapi yang bestnya, aku jadi banyak idea bila dengan One Hope! So, aku harap boleh jadi seepik yang mungkin lagu ni. Aku masukkan macam-macam dan tukar pattern lagu habis-habisan. Dah jadi progresif plak skang. Terima kasih dekat Akim sebab memahami kehendak aku. Hehe..

Tapi yang aku tak suka ialah, aku berkorban segalanya untuk benda ni. Kenapa aku gigih sangat nak buat benda ni. Kenapa aku tak jadi macam ni untuk assignment aku. Pelik betul. Kalaulah aku ni pandai main instrumen, dah tentu aku masuk course muzik dulu. Idea banyak, tapi tak pandai main, tak guna jugak.

Tapi apa-apa pun, aku dah macam orang sewel sekarang ni. Macam-macam benda nak hadap. Duit kering. Ni memang ujian. Apa nak jadi pun aku tak tau la. Mintak-mintak aku sempat habiskan kerja ni semua. Tak sanggup aku nak sambung sem depan.

Penyelarasan semula ngan cuti 4 bulan sampai bulan 9 ni sebenarnya menyusahkan untuk budak final sem. Lagipun aku kesian kat makcik jual nasik lemak sebelah rumah ni. Dia asik tanye benda sama je. Nak meniaga apa la tu kang 4 bulan cuti.

23 February 2011

Saya Ingin Duit Cash!

"Saya ingin duit cash!"

Kan senang kalau cakap terus-terang je macam tu. Tak payah nak berseni-seni dan berlapik-lapik.

Tapi, orang bijak pandai takkan bogelkan diri dia macam tu dan merayu macam orang takde pelajaran!

Tapi pelik, sebab aku pernah tengok orang bijak pandai yang macam ni!

Mula-mula sekali aku nak terangkan, tulisan ni berbentuk general. Aku dah lalui satu fasa di mana aku jadi benci sangat dengan battle of the band. Yang terakhir ni memang boleh sangat dikaitkan dengan battle of the band peringkat saringan dengan juri-juri lari bidang macam dalam cerita Rock (2005). Nasib baik ada rujukan filem dari Malaysia.

Setau aku, dalam mana-mana battle or competition ape pun; fundamental(asas), originaliti dan ketepatan masa tu memang basic. Tapi macam mana perasaan korang kalau tengok sendiri depan mate johan sebuah battle of the band melanggar semua benda basic ni? Logik tak?

Ha, bukan ada sebab yang kukuh pun. Sebabnya sangat simple. Diorang pandai ambik hati juri. Diorang gunakan unsur humor (yang dicopy bulat-bulat dari filem Hantu Kak Limah Balik Rumah) untuk buat juri ketawa. Satu lagi, vokalisnya sangat pandai mengampu (vokalis je,yang lain duk belakang gentel telo). Tambahan lagi, sanggup melaburkan RM30 atas pentas bagi kat orang. Juri mane tak tegak bulu beb.

lepas habis tayang video pendek dan mengampu dekat setengah jam, tibalah masa untuk mulakan lagu. Tapi sebelum tu, tune gitar dulu! Tadi tak sempat nak tune, baik tune sekarang, maybe juri akan bagi markah lebih sebab tune gitar atas pentas. Gua pro beb! Ok, dah siap tune gitar. Sebelum mulakan lagu, vokalisnya ade keluar satu 'pepatah agung' berbunyi:

"Kalau Hujan ada Pagi yang Gelap, kami ada Depan yang Cerah". Yah, sangat original. Boleh pergi jauh band ni.

Bla bla bla bla main lagu. Sangat tipikal indie. Banyak jugak yang aku tak faham die sebut ape. Tapi takpe, dia pro! Supporter ramai beb! Satu bas kot!

Sebelum abiskan lagu, ada pause kejap. Borak-borak dulu tarik crowd. jangan bagi diorang bosan. Ok, dah boleh abiskan lagu.

Phew! Lega. Berjaya jugak persembahan diorang selama lebih kurang 40 MINIT ni.

Tiba la masa untuk komen juri pulak. Ke takde? Eh, mesti la ade. Orang bijak pandai ni. Mesti la banyak tengok TV! Kena la ade stail realiti TV sikit. Macam Raja Lawak tu....

Tiga orang juri.

Juri pertama: Saya suka video awak. Original. (tak sentuh pasal lagu masa)

Juri kedua: Kelakar betul. Saya sakit perut ketawa sorang-sorang kat sini. (Juga tak sentuh pasal lagu dan masa)

Juri ketiga: Saya pun nak tiru la (Berdiri sambil buat gaya tangan pusing macam cerita Hantu Kak Limah). Four words: I love your performance! (Pun tak sentuh pasal lagu dan masa)

Dapat tak? ke terapung-apung lagi? Ok, terus-terang la. Diorang bertiga ni tak layak jadi juri. Komen ape ntah. Tak kait mengait pun. Sebenarnya diorang ni ade ke tak kertas pemarkahan tu? Ke main bagi je setiap sorang /10?

Original: Celah mana original? Dua kali diorang tunjukkan yang diorang tak original. Buta ke pekak? Buta sebab tak nampak diorang tiru gaya tangan Hantu Kak Limah tu. Tapi tak logik jugak sebab benda tu diulang-ulang sepanjang video. Pekak ke tak dengar sebelum mula lagu diorang cakap "kalau hujan ada pagi yang gelap, kami ada depan yang cerah"? Pun tak logik jugak sebab die cakap pakai mikrofon dengan sound system yang baik dan kuat.

Entah la, korang nilaikan la sendiri. Aku dah bagi 2 basic tentang battle dan competition. Ade satu lagi ni.

MASA!

Setau kami, daripada time saringan lagi organizer dah pesan masa ada 15 minit je semua sekali. Sebelum final pun diorang ulang pesan. Tapi tak tau la kalau time final diorang ubah dan tak bagitau kami. Sebab tak nampak pun orang jaga masa (masa saringan ada).

Itu...untuk yang datang saringan hari Rabu la. Band johan tadi tu ari Selasa. Maybe juri ari Selasa kate boleh main sejam kot. Sebab tu die tak kisah tune gitar atas stage walaupun dah lambat.

Selain itu, ade jugak satu lagi band yang buat aku panas. Tapi aku malas nak cakap banyak. Aku just boleh kate vokalisnya membebel sorang-sorang kat depan tanpa kenalkan kawan-kawan kat belakang die (kesian diorang) dan terus main lagu. Apa yang mengejutkan, diorang main lagu dari sebuah band baru yang sangat popular. Dah main Rock The World band ni. Satu Malaysia kenal. Tapi budak-budak muda la. Juri tiga orang pakai cantik-cantik dan berpelajaran tinggi tu kompom tak kenal. Aril dan Shahir diorang kenal la. Ha, lagu tu diorang ambik dan tuka lirik pasal duit. Tu pun tak sedap. Tapi yang tak boleh blah tu diorang mengaku tu lagu diorang!

Band ni dapat no 4. Atas sikit daripada band yang siap buat dua sketsa dari saringan sampai final, lirik sendiri, lagu sendiri. Takpe la, kroni kot tu.

Band-band dan kumpulan-kumpulan lain memang aku takde masalah. Kalau diorang menang dan kitorang dapat no last pun tak kisah. Bukan masalah menang kalah sekarang ni. Tapi keadilan! Keadilan untuk diri sendiri dan orang lain!

Kesian la kat orang lain sikit woi...Ade juri pun macam takde juri. Baik tak payah komen kalau setakat nak buat sakit hati je. Ape tugas juri sebenarnya? Korang just cakap rambang je. Asyik fikir kepentingan kompeni korang je! Jangan la jadi hamba sangat kalau betul sangat nak kaya raya. baik tak payah buat pertandingan seni kalau macam tu. Aku tak nampak pun seni celah mane. Seni menjilat ade la kot.

lagu pun korang main komen rambang je. Ade kumpulan yang korang tak komen pun lagu. Korang pro ke tak sebenarnye? Dah prepare ke tak untuk jadi juri competiton melibatkan duit dekat RM 10 ribu ni?

Ada yang cakap kene 'ghairah'. Ha, menjilat memang kena ghairah. Ikut nafsu je. Buang seninya. Tak payah berlakon pun takpe, turun je bawah tu merayu depan juri cakap nak 5 ribu. Cite masalah masing-masing. bapak sakit, takde duit nak belajar ape semua. Lagi senang. Tapi takkan la manusia nak jadi seteruk tu untuk dapatkan duit ye dak?

Dah la, sakit-sakit jari aku menaip panjang-panjang ni. Korang pandai-pandai la pikir sendiri. Yang masuk dan tengok tu kebanyakannya budak U, organizer dan juri pun orang bijak pandai. mesti la diorang tau buruk baiknya. Aku just harap tahun depan ada perubahan. Jangan buat naya ke orang. Orang banyak berabis duit nak masuk final punye pasal. Itu baru duit, belum masa lagi.

Kalau boleh, juri tu biar la betul-betul bersifat pengadil yang mengadili lengkap dengan sikap adilnya. Jangan luaran je nampak pandai, tapi fikiran still stereotaip marhaen. Sampai bila pun negara tak maju macam tu.

Sekian terima kasih.

19 February 2011

Saya Ingin Duit Cash!

Sekarang ni aku bz. Tapi aku akan tulis jugak satu entri terus-terang aku dalam masa terdekat ni.


Ko tunggu, ko tunggu.

17 February 2011

Kampus Ka-Ching 2011 Finale Esok!

Hari ni khamis, esok jumaat. Maknanya esoklah final Kampus Ka-Ching!

Perasaan bercampur baur ni. Takut ada, teruja ada. Dah la sketsa tak sempat praktis lagi. Kat sana baru nak praktis ni.

Tapi tak kiralah, yang penting RM5000 tu kitorang punye!

Sekarang ni rehat kena cukup untuk hari esok yang lebih cemerlang.

12 February 2011

Sketsa Bukan Rockers Biasa

Latar : Studio Jamming
Masa: 8 malam

Rahmat – Vokalis
Alan – Gitaris
Malik – Gitaris
Baung – Bassis
Lord – Drums

Alan, Lord, Malik dan Baung masuk membawa instrument masing-masing. Mereka kelihatan gembira. Alan menyatakan rasa terujanya kerana telah melepasi peringkat saringan walaupun dihimpit pelbagai masalah. Yang lain-lain setuju. Lord menyatakan dia mendapat manfaat menyertai pertandingan tersebut kerana kini dia sedar kepentingan berjimat cermat dan menabung. Dia yang menjalankan perniagaan shisha kini mampu menambah bilangan botol shishanya. Jika menang, dia berhajat untuk membuka satu lagi cawangan di tempat lain.

Malik pula kini sudah mendapat kerja dan dia berazam untuk melabur sebahagian daripada duit gajinya setiap bulan ke dalam Akaun Simpanan Bumiputera (ASB). Jika menang pertandingan tersebut, dia akan menyimpannya ke dalam ASB untuk keperluan masa depan. Alan pula sudah bertunang. Jika menang, dia mahu menyimpan duit tersebut untuk digunakan sebagai belanja kahwin nanti.

Baung yang dahulunya mempunyai tunggakan bayaran kereta kini sudah mampu membayar semua hutang-hutangnya. Malahan dia sendiri sudah menjadi penarik kereta. Jika menang, Baung mahu menggunakan wang tersebut untuk bertunang. Masing-masing mendapat manfaat dengan menyertai pertandingan tersebut yang dianggap lain daripada lain.

Malik perasan Rahmat masih belum sampai. Dia membebel. Tidak lama kemudian Rahmat pun muncul dengan tergesa-gesa. Dia meminta maaf kerana lambat. Dia memberi alasan bahawa motosikalnya rosak dan bengkel sudah tutup. Dia terpaksa menggunakan khidmat penampal tayar yang lebih mahal. Mujurlah dia sudah tidak boros lagi. Semuanya gara-gara menyertai pertandingan ini. Dia bernekad selepas ini dia mahu hidup sederhana dan tidak lagi boros. Jika menang, dia akan melaburkan semua wang tersebut ke dalam ASB untuk masa depannya. Tambahan lagi, dia sudah berada di semester akhir. Selepas ini dia perlukan modal untuk mencari kerja dan sebagainya. Kawan-kawannya yang lain menyokongnya. Alan memberitahu mereka perlu berwawasan. Lord pula menyatakan mereka bukan rockers biasa. Mereka rockers yang punya masa depan. Mereka semua bertukar-tukar pendapat.

Baung mengingatkan bahawa masa telah banyak berjalan dan mereka perlu berlatih bersungguh-sungguh. Malik pula mengingatkan ini adalah latihan terakhir mereka sebelum naik ke pentas akhir pertandingan tersebut. Selepas habis latihan, mereka perlu berlatih lakonan pula.

Semua bersiap sedia dan memulakan lagu Do It…

10 February 2011

Kampus Ka-Ching 2011 Pt 1



Rahmat - Vokalis
Alan - Gitaris
Malik - Gitaris
Baung - Bassis
Lord - Drums

Tukar tarikh tiba-tiba/ nasib malang/ salah function/ mengantuk habis/ enjoy gila/ berbaloi-baloi.


Itulah dia ya tuan-tuan dan puan-puan, sedikit sebanyak kenangan untuk competition kali ni. Fourth Legacy kembali dengan line up Kuala Selangor (Last Night on Earth) plus Baung join main bass dan Mohd Maleki tukar jadi gitaris. Sedap gak nama Mohd Maleki ni. Macam nama artis.

Paling artis di alam semesta.

Lagu Fourth Legacy kali ni tajuknye Do It. Lagu ni Alan buat, sahaya tulis lirik dan Fourth Legacy secara overall terlibat dalam susunan muzik. So lagu Do It ni hak milik seluruh bandmates Fourth Legacy.

"Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya(tak kene)"

Saje je pepatah tu. Tiba-tiba teringat. Sebenarnya nak cerita pasal competition ni. Kampus Kaching bukan sebuah battle of the band. Kampus Ka Ching sebuah competition bebas. Semua orang bebas nak perform apa pun, tak kira jumlah anggota, janji kena dengan tema - berjimat cermat dan menabung untuk masa depan.

Kalau dah namenye rokes, mane nak reti buat keluar burung merpati dari topi koboi n sembur api keluar dari mulut. Jadi sebagaimana lumrahnya, dalam kepala fikir nak buat lagu yang bagus dan perform serock mungkin je.

Lagu dah ada. Line up dah ok. Tiba-tiba pulak si Kimba (promoter aka champion tahun lepas) cakap setakat main lagu je tak cukup.

ADUH! Abis nak buat apa? Seganla rokes nak baca sajak! Nak berlakon? Mampos...

Tapi tu je cara yang ada. Kita kena ada wawasan. Ada identiti. Bukan rokes biasa orang cakap. Lagu dah siap takkan nak tarik diri pulak ye dak?

So keputusan dibuat. Fourth Legacy akan keluar dengan satu sketsa komedi pengajaran dan satu lagu. Ini betul-betul luar biasa! tak pernah lagi kitorang join competition macam ni. UNIK!

So sahaya susun cerita dan situasi. Adalah elok dan mudah kalau masing-masing bawak diri sendiri berdasarkan latar belakang diri sendiri. Cerita yang simple tapi berisi dan menarik. Isi sketsa tu boleh tengok kat entry lepas-lepas.
So kami pun berlatih la lebih kurang untuk dapatkan mood perform nanti. Semua pun bukan pelakon, baru nak belajar berlakon ni. Itupun untuk competition ni je. So benda ni jadi agak lawak la. Tapi takpe, semangat tu ade.

baru je terfikir nak berlatih berlakon lagi hari rabu tu, tapi dapat kejutan pulak tarikh competition dah ubah awal daripada hari sabtu ke rabu. hari yang kitorang ingat nak berlatih berlakon tu. So kelam-kabut la jadinya kitorang. Hampir-hampir give up jugak sebab ada masa 24 jam je. Tau pun dah hari selasa. Masing-masing pun ada masalah sendiri.

Tapi Tuhan maha adil. Dia tunjukkan jalan. Tiba-tiba masalah semua settle dan line up pun semua boleh join. makin menjadi la semangat kitorang. Cuma Baung je ada masalah tak boleh dapatkan bass. Tapi takpe, kitorang bajet boleh pinjam kat sana. So semua stanby untuk gerak dari rumah pukul 7 pagi tu.

.....................................................................................

Sampai kat SIDC(tempat competition) tu lebih kurang pukul 9 pagi. Awal jugak la. Betul-betul berwawasan rokes ni. Sampai-sampai, kitorang terkejut. Rasa macam rock sangat pulak. Macam tak kena function pun ade. Orang-orang kat dalam tu nampak sangat educated, kemas dan baik-baik. Bukan kitorang ni jahat, tapi macam kitorang 5 orang je yang lain.

Ah sudah...

Perlahan-lahan kumpulan lain pun sampai. Tapi banyak yang bawak gitar akustik je. Lagi la kitorang cuak. Mana nak cari bass ni.

Masa cabut undi, kitorang dapat no 3. Tapi bass masih tak ade. Dah menggigil dah masa persembahan pertama tu. Mujurlah lepas je habis persembahan pertama ada satu kumpulan datang bawak bass.

Selamat...

Masa nama kitorang dipanggil, Lord sorang je turun. masa tu kitorang duduk kat baris kedua belakang sekali. Semua yang duduk depan pelik. Diorang tengok atas kat kitorang. Kitorang buat keras. Lord sampai je atas stage terus dia mula dialog. Masa tu la semua orang baru paham dan tepuk tangan dan gelak-gelak sikit.

Momen tu sangat klasik...

Kitorang teruskan sketsa sampai habis dan sambung terus dengan lagu Do It. Habis je lagu, juri bagi komen. Yang aku ingat, dia kata lagu catchy, sketsa bagus sebab ada elemen satu malaysia dari segi bahasa. Cuma masalah masa je, lebih seminit daripada peruntukan 15 minit tu. Kitorang rasa betul-betul dihargai. Seronok gila. Tak pernah rasa macam ni. Walaupun ada ala-ala realiti TV sikit, tapi takpe. Kitorang seronok.

Memang betul-betul berbaloi kitorang berkorban untuk competition ni. Sangat puas hati. Sekarang just berharap untuk lepas ke final je dan dapatkan RM 5000 cash.

Mudah-mudahan berjaya...

28 January 2011

Hujung Kisah Atau Tengah Kehidupan? Part 2

Sekarang lelaki itu terpunduk di kerusi motosikalnya. Dia mengeluh berat. Terasa beban setinggi langit sedang menghempapnya. Tiba-tiba seekor burung gagak dengan bunyi bising terbang di atasnya. Terus melalui jalan kecil tadi.

"Ark! Ark! Ark!"

Dia hanya memandang burung itu tanpa perasaan. Dalam kepalanya terbit satu perasaan aneh melihat gelagat burung tersebut.

Dia melihat jam di tangan. Sekarang sudah pukul 6.23 petang. Sebentar lagi hari akan gelap. Dengan langkah berat, dia menaikkan tongkat motosikalnya dan menolak ke arah jalan kecil tersebut. Sebaik sahaja dia naik dan mahu menghidupkan enjin, sekawan lagi burung gagak bertebaran di langit dan mengeluarkan bunyi yang sangat bising.

"Ark! Ark! Ark!"

Kumpulan burung itu turut menuju ke arah yang sama dilalui oleh burung gagak tadi. Lelaki itu agak terkejut. Dia pelik dengan suasana yang berlaku. Seperti ada petanda yang mahu disampaikan ke atas dirinya.

Walaupun begitu, dia tetap nekad. Enjin motosikal dihidupkan dan dia terus menyarung helmet. Selajur, dia memulakan perjalanannya menempuh jalan kecil yang tidak terurus itu. Dalam fikirannya, pasti jalan kecil ini akan membuatkan perjalanannya menjadi lebih dekat. Demi untuk sampai ke destinasi yang dituju.

Lelaki itu terus menelusuri jalan tidak sekata itu. Dia tidak bergerak laju kerana bimbang perkara-perkara tidak diingini berlaku dan menyusahkannya kelak. Walaupun jalan itu tidak secantik jalan besar tadi, tetapi pemandangan di sekitarnya amatlah saujana mata memandang. Dia dapat melihat dengan jelas sebuah kawasan lapang yang ditumbuhi rumput-rumput yang tidaklah terlalu tinggi. Banyak pokok-pokok bunga yang cantik-cantik. Pokok-pokok di sekitarnya pula merimbun dahannya dan ada juga yang jarang ditemui di tempat lain. Matahari pula kian tenggelam di ufuk barat. Menambahkan lagi keindahan suasana petang itu. Kemudian matanya tertumpu pada satu sudut di mana dia melihat sebuah rumah kosong yang kelihatan usang. Rumah itu dibina daripada batu. Dindingnya pula sudah hitam. Mungkin kerana ditinggalkan begitu dalam tempoh yang agak lama. Dalam fikirannya tertanya-tanya. Mengapa rumah itu berada di situ. Di hadapannya pula, jalan itu sudah hampir sampai ke penghujung. Rumah itu terletak di sini, di jalan kecil ini, di hujung jalan ini!

.....................................................................................

Lelaki itu terjaga dari tidur. Bingkas dia bangun dan menggeliat. Kepalanya kosong. Dia melihat jam di telefon bimbit. Sudah pukul 10 pagi. Dia harus mandi sekarang. Sebentar lagi dia akan mengharungi tugas sukar. Dia berdoa agar rancangannya menjadi dan dia mendapat kekuatan untuk melafazkan perkara yang tidak sepatutnya itu.

Lelaki dan gadis itu bertemu di Midvalley sekitar jam 12 tengah hari. Perut yang kosong diisi dengan makan tengah hari di medan selera. Hari ini lelaki itu banyak mendiamkan diri. Otaknya berfikir ligat. Dirinya bagaikan terpisah dengan jasad. Jasad berjalan seperti biasa, tetapi tidak hati dan fikirannya. Dia takut untuk membayangkan itu adalah hari terakhir percintaan mereka. Dia takut untuk melafazkan perkara yang tidak wajar itu, ketika gadis itu sedang gembira!


To be continued...